Blognya orang yang lagi belajar tolong di bantu dan di info kalo ada kesalahan
Ngiring
▼
Senin, 25 Juni 2012
Hukum hukum perkahwinan dalam Islam
Hukum hukum perkahwinan dalam Islam
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga
boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia
seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas
berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam
permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji
kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu,
maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang
berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah
batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya
keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.